FORMULA PERNIAGAAN YANG MUDAH DARIPADA BILLIONAIR DUNIA!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menjadi seorang pemimpin perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Silap langkah mengundang padah. Pelbagai kemahiran dan pengetahuan diperlukan dalam memimpin sesebuah organisasi. Era kini, sorang pemimpin perniagaan kontemporari harus mengadaptasi segala perubahan yang berlaku samada perubahan sekeliling ataupun perubahan organisasi. Seorang pemimpin perlu sentiasa mempelajari dan mencontohi sikap mana-mana pemimpin perniagaan kontemporari yang telah berjaya.

Antara pemimpin perniagaan kontemporari yang berpengaruh dan boleh dicontohi ialah Richard Branson. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas kepada Virgin Group yang mempunyai lebih daripada 400 buah syarikat. Virgin Group  bermula dari sebuah kedai rekod kecil yang ditubuhkan pada tahun 1972, kemudian berkembang menjadi sebuah syarikat multinasional dalam industri pengangkutan, media dan hiburan.

Richard Branson merupakan pemimpin perniagaan yang unik. Beliau menggemari aktiviti lasak dan telah mengambil bahagian dalam beberapa cabaran pengembaraan yang mencabar, seperti belayar di Atlantik dan mengelilingi dunia dengan menaiki belon udara panas. Cabaran seperti ini merupakan salah satu pendekatan bijak beliau dalam pemasaran. Beliau lebih suka menggunakan personal branding dengan melakukan perkara yang menyeronokkan dan diluar jangkaan untuk menarik perhatian masyarakat terhadap syarikatnya. Setiap aktiviti yang dilakukan beliau telah dimuatnaik di media sosial dan menjadi trademark.

Walaupun Branson menghidap penyakit disleksia dan tidak cemerlang dalam pelajaran, namun itu bukanlah alasan untuk beliau tidak boleh berjaya dalam perniagaan. Malah, sifat kepimpinan beliau dalam mengurus lebih daripada 400 buah syarikat dibawah Virgin Group sangat dikagumi oleh kebanyakan masyarakat. Beliau mempunyai falsafah tersendiri dalam menguruskan syarikat. Beliau mencipta satu formula dan formula itu telah digunapakai dalam pengurusan syarikat nya.  Apa yang menarik, formula itu menggunakan alphabet daripada A sehingga Z. Rujuk video dibawah untuk penerangan lanjut tentang formula beliau iaitu Richard Branson’s A to Z Business

A ialah Attitude (Sikap)

Apa pun yang anda lakukan dalam hidup, sikap memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai kejayaan.

B ialah Bravery (Keberanian)

Keberanian boleh dilihat daripada pelbagai aspek, tetapi tiada perniagaan yang bermula dan berjaya tanpa keberanian sang usahawan.

C ialah Confidence (Keyakinan)

Kebanyakan orang tidak bermula melakukan sesuatu kerana takut gagal. Tetapi realiti mudahnya, kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. Teruskan melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan.

D ialah Delegate (Mengagihkan)

Untuk seorang usahawan itu berkembang menjadi pemimpin yang berjaya, mereka perlu belajar untuk mengagihkan masa dan tugas.

E ialah Excitement (Keseronokan)

Fakta mudah ialah jika anda tidak menikmati apa yang anda lakukan bersama siapa yang anda lakukan, maka tidak mungkin anda akan melakukannya dengan baik. Jadi teruskan melakukan sesuatu dengan teruja.


F ialah Forgiveness (Memaafkan)

Memaafkan menjadi satu budaya didalam Syarikat Virgin. Kami memberi peluang kedua dan hasilnya sangat memberansangkan!

 

 

G ialah Giving (Memberi)

“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”



H ialah Holiday (Bercuti)

Menjadi seorang usahawan atau pemimpin perniagaan sangat memberi tekanan – lewat malam, awal pagi, komunikasi sepanjang masa. Tetapi sesibuk mana pun urusan kita, kita perlu ambil peluang bercuti. Yang tidak ambil peluang akan rugi.

I ialah Innovation (Pembaharuan)

Inovasi memacu inovasi, dan memastikan industri bergerak ke hadapan. Syarikat-syarikat terus berdaya saing antara satu sama lain untuk membuat pembaharuan terbaik adalah satu perkara yang baik untuk perniagaan dan pelanggan.

J ialah Jokes (Lawak)

Jangan terlalu serious sepanjang masa. Tanya diri anda: adakah perkara yang saya akan buat ini membuatkan orang lain tersenyum? Jika jawapan anda YA, buat lah!

K ialah Keepers (Penjaga)

Setiap usahawan dan pemimpin perniagaan harus mendampingi penjaga – orang yang berkongsi visi dan misi serta memudahkan kolaborasi yang berkesan. Jika tidak, anda tidak akan nampak gambaran yang lebih besar.

L ialah Learning (Pembelajaran)

Saya tidak pernah masuk universiti. Tetapi saya melihat kehidupan yang saya jalani adalah satu kursus panjang di universiti yang saya tidak pernah dapat. Saya sukakan pengalaman yang baru dan saya cuba belajar sekurang-kurangnya satu perkara baru setiap hari.

M ialah Motivation (Motivasi)

Anda perlu tahu apakah motivasi utama anda dalam melakukan sesuatu perkara supaya anda dapat fokus pada usaha dalam mencapai cita-cita anda.


N ialah Naïvety (Tidak Berpengetahuan)

Kami tidak mengikut ‘peraturan’ dalam membuat perniagaan dan kami tidak tahu ianya wujud. Sikap naif ini membuatkan kita melakukan perkara dengan cara kita sendiri dan membuka laluan perjalanan kita sendiri – kemudian berlakulah satu perjalanan yang hebat!

O ialah Organisation (Ogrganisasi)

Penyusunan dalam syarikat tidak semestinya terikat dengan peraturan. Kejayaan Virgin Group sebagai sebuah organisasi adalah kerana berlakunya keseimbangan.

P ialah Presentation (Pembentangan)

Persediaan akan menghalang daripada mendapat prestasi yang lemah – tetapi saya juga tahu bahawa tiada orang yang suka akan pembentangan yang terlalu serious. Rahsianya, buat pembentangan yang pendek sahaja.

Q ialah Questioning (Bertanya)

Sikap ingin tahu, mendengar dan bertanya akan menggalakkan perdebatan yang sihat. Jika nada mempunyai sikap seperti ini, anda akan menjadi seorang pemimpin yang lebih baik.

R ialah Risk Taking (Ambil Risiko)

Jangan biarkan ketakutan atau kegagalan menjadi penghalang. Inti keusahawanan ialah mengambil risiko!

S ialah Staff (Pekerja)

Kunci kejayaan dalam perniagaan ialah ‘people’, ‘people’ and ‘people’.

T ialah Tenacity (Ketabahan)

Prasyarat untuk Berjaya ialah tabah. Ketabahan, keberanian dan tidak berputusa asa membuatkan saya berada ditempat saya sekarang.

U ialah Uniforms (Pakaian)

Kami tidak mempunyai peraturan tentang pemakaian. Yang penting adalah keselesaan. Kami mengalu-alukan ahli pasukan kami memakai pakaian yang mereka sering pakai pada hari-hari biasa.

V ialah Virginity (Baru)

Virgin adalah nama syarikat kami dan idea itu datang dari seorang perempuan. Kenapa Virgin? Kerana kami semua masih baru dalam perniagaan.

W ialah Weaknesses (Kelemahan)

Kita perlu mengakui yang kita mempunyai kelemahan. Saya tahu saya ada kelemahan. Tetapi, saya tidak akan membiarkan kelemahan saya itu menjatuhkan saya. Saya sering menukarkan kekurangan saya kepada kelebihan.

X ialah X Rated (Nilai X)

Saya gemar melakukan sesuatu diluar jangkaan dan diberi X Rated

 

Y ialah Yes (Ya)

Jika seseorang menawarkan peluang yang luar biasa tetapi anda tidak pasti boleh melakukannya atau tidak, katakana YA sahaja. Kemudian, belajar untuk melakukannya nanti.

Z ialah Zzz (Tidur)

Tidur sangat berharga untuk kehidupan seharian yang sangat sibuk, jadi jika ada peluang saya akan tidur bila dan dimana sahaja.

Justeru itu, tidak hairanlah jika Richard Branson merupakan seorang ikon yang hebat dalam dunia perniagaan. Apa yang dilakukan oleh beliau perlu dicontohi oleh para usahawan yang sedang membina empayar perniagaan masing-masing. Mungkin anda boleh membuat perubahan kepada syarikat anda dengan mengamalkan formula alphabet A hingga Z ini.

 

Credit: Richard Branson

Leave a Reply