Walaupun Branson menghidap penyakit disleksia dan tidak cemerlang dalam pelajaran, namun itu bukanlah alasan untuk beliau tidak boleh berjaya dalam perniagaan. Malah, sifat kepimpinan beliau dalam mengurus lebih daripada 400 buah syarikat dibawah Virgin Group sangat dikagumi oleh kebanyakan masyarakat. Beliau mempunyai falsafah tersendiri dalam menguruskan syarikat. Beliau mencipta satu formula dan formula itu telah digunapakai dalam pengurusan syarikat nya. Apa yang menarik, formula itu menggunakan alphabet daripada A sehingga Z. Rujuk video dibawah untuk penerangan lanjut tentang formula beliau iaitu Richard Branson’s A to Z Business.