PENGURUSAN STRATEGIK GAYA ‘SIMON SINEK’S GOLDEN CIRCLE’

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

BCB doakan agar semuanya sihat, bahagia, kaya dan berjaya dalam merentasi hari-hari yang mendatang. BCB terpanggil hari ini untuk berkongsi cerita tentang Simon Sinek’s Golden Circle dan kaitannya dengan pengurusan strategik.

BCB SSGC

Simon Sinek’s Golden Circle merangkumkan 3 persolan utama yang menjadi validasi kewujudan beberapa organisasi termasuklah peranan kita dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya bisnes atau identiti kita wujud bermula persoalan dengan What do we do? (Apa yang kita lakukan?), diikuti How do we do? (Bagaimana kita lakukannya?)  dan diakhiri dengan Why do we do? (Kenapa kita lakukannya?).

Tetapi berbeza dengan Apple Inc. dan beberapa identiti orang yang berjaya, mereka wujudkan persoalan yang bermula dahulu dengan Why do we do? (Kenapa kita lakukannya?), diikuti How do we do? (Bagaimana kita lakukannya?) dan diakhiri dengan What do we do? (Apa yang kita lakukan?).

Why?
We believe in challenging the status quo and doing things differently.

How?
Our products are beautifully design and easy to use.

What?
We make computer, tablet and phone.

Bisnes ataupun perjuangan kita hanya akan bermula, berjaya dan menjadi legasi sekiranya kita dapat menemukan ‘BIG WHY?’ yang kuat daripada kebersamaan dalam organisasi atau dari dalam diri kita sendiri. Jati diri ini akan bermula sekiranya berjumpa sebab (purpose) keberadaan kita dalam kehidupan mahupun organisasi itu sendiri.

 

Kesimpulannya, kenapa Apple Inc. kekal sebagai 500 World Best Brand selama 5 tahun berturut-turut (2012 – 2016)? Jawapannya Apple Inc. berjaya menemukan ‘Big Why’ mereka sehingga mendapat pengiktirafan (acknowledgement) pasaran dunia.

Jom luangkan 5 minit masa anda untuk tonton video ini:

Leave a Reply