PEMIMPIN PERNIAGAAN ABAD KE-21

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sudah menjadi kebiasaan sesebuah organisasi menetapkan matlamat jangka panjang untuk kelangsungan organisasi tersebut. Demi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, organisasi sangat memerlukan kesatuan hati dan usaha bersama setiap lapisan individu yang berada dalam organisasi tersebut. Lapisan pengurusan memainkan peranan penting dalam menjadi pemikir, penggerak dan pelaksana kepada matlamat yang ditetapkan.

Sesebuah organisasi mestilah mempunyai lapisan pengurusan. Lapisan pengurusan ini terbahagi kepada beberapa struktur. Setiap struktur mempunyai lapisan pengurus atau manager yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri. Rujuk gambar dibawah untuk memahami lapisan pengurusan yang terdapat didalam organisasi.

Secara am nya, setiap lapisan pengurus mestilah faham maksud manager supaya dapat melaksanakan tugas dengan tepat. Manager merupakan individu yang merancang, mengorganisasi, memimpin dan menyelaras setiap aktiviti organisasi untuk memastikan matlamat organisasi tercapai.

Walaubagaimanapun, setiap individu dalam organisasi harus sedar bahawa mengurus organisasi pada abad ke-21 ini merupakan satu perkara yang mencabar. Antara cabaran yang perlu dihadapi ialah perubahan sekeliling dan perubahan organisasi. Lihat gambar dibawah untuk pemahaman yang jelas.

Oleh kerana itu, setiap lapisan pengurus harus menganalisa segala kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap diri sendiri untuk menjadi “kontemporari manager” yang tidak hanya untuk berdaya saing tetapi juga untuk mempertahankan organisasi dalam industri.

Kontemporari manager tidak lagi berfikiran yang mereka adalah “boss” tetapi melihat diri sendiri sebagai seorang individu yang menyumbang kepada organisasi, ketua pasukan dan perunding dalaman kepada sesebuah organisasi. Antara ciri-ciri kontemporari manager ialah:

  • Komunikator hebat
  • Rakan Sepasukan
  • Pakar Teknologi
  • Penyelesai Masalah
  • Duta Antarabangsa
  • Pembuat Perubahan
  • Pemimpin Abad ke-21

Konklusinya, untuk menjadi seorang manager pada abad ke-21 ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap lapisan pengurus harus sedar dan menerima arus perubahan masa kini. Kemahiran perlu dipelbagaikan dan ditambahbaik oleh setiap individu supaya matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah.

“Manager
tak perlu
buat semua perkara
tetapi
harus
tahu semua perkara”

Leave a Reply