MANUSIA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL,
SEBALIKNYA MANUSIA ITU SENDIRI YANG GAGAL MERANCANG

Salam 1 Januari 2019,

Tahun baru sentiasa kita sambut daripada tahun ke tahun dengan cara kita tersendiri. Ada orang akan sambut sendirian dan ada orang yang akan sambut bersama keluarga dan sahabat handai. Ada juga yang sanggup turun ke malam sambutan tahun baru untuk melihat pertunjukan bunga api dan konsert ambang tahun baru. Tidak juga dilupakan bagi mereka yang melakukan solat sunat kesyukuran atau upacara keagamaan pada Tuhan sebagai tanda syukur.

Berkongsi, menyatakan azam atau untuk melakukan matlamat yang baru juga menjadi budaya yang sinonim di kalangan masyarakat dunia. Pastinya semua orang akan merancang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik di tahun mendatang berbanding tahun – tahun sebelumnya. Persoalannya disni hanya satu, adakah kita hanya akan menjadikannya suatu realiti atau hanya sekadar sebutan atau budaya ikut-ikutan? Bagi menjadikan azam itu lebih realistik, suka untuk dikongsikan dengan anda bagaimana dengan menganalisa diri melalui kekuatan (strength), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities) dan cabaran (threat) yang kita hadapi, boleh kita bina satu matlamat yang lebih spesifik untuk kita lakukan dan capai pada tahun – tahun baru yang mendatang

Strength (S) – Senaraikan kekuatan dan kelebihan yang telah kita bina dalam bentuk ilmu, kemahiran atau sumber kewangan yang telah kita peroleh daripada tahun sembelumnya.

Weaknesses (W) – Semak dan senaraikan kelemahan kita melalui sikap, pengurusan masa dan kewangan kita yang telah kita lakukan pada tahun sebelumnya.

Opportunity (O) – Lihat dan senaraikan peluang atau keadaan persekitaran yang boleh kita manipulasikan kearah kebaikan agar memihak kepada matlamat dan apa yang kita ingin capai.

Threat (T) – Kenalpasti semak dan senaraikan cabaran, risiko dan halangan persekitaran yang perlu kita tempuh bagi melaksanakan matlamat atau azam baru kita.

*Senaraikan setelus-telusnya agar anda dapat lihat maklumat diri anda yang sebenar. Penting maklumat ini untuk anda rangka pelbagai strategi alternatif untuk mencapai matlamat kehidupan anda dihari mendatang.

Apabila SWOT anda dah dikenalpasti, sambung dan padankan kekuatan (S) anda dengan peluang (O) yang ada, perbaiki kelemahan (W) anda berperingkat dengan bersesuaian dengan cabaran (T) semasa di persekitaran anda. Lakukan sekarang demi masa depan anda yang lebih realistik dan dan tahun 2019 yang lebih bermakna.

Konklusinya, anda kenal sumber diri dalaman anda sendiri dan trend sekeliling anda untuk dijadikan halatuju dan azam hidup yang lebih baik di masa akan datang.

This Post Has One Comment

  1. Nurul Alia Izzati binti Abd Jalil

    Terbaik!

Leave a Reply to Nurul Alia Izzati binti Abd Jalil Cancel reply